Sunday, April 06, 2008

Apakah itu Perubatan komplementari

Perubatan Komplementari adalah perubatan lengkap yang digabungkan dengan beberapa kaeadah moden dan tradisional yang berasaskan kaedah semulajadi samada dari segi pengecaman penyakit dan rawatan. Penelitian yang dilakukan berkonsep secara menyeluruh (holistik) iaitu fizikal,Mental,Emosi dan spiritual. Dari segi bahasa berasal dari perkataan Inggeris iaitu "complementary" yang membawa maksud bergabung dengan baik untuk membentuk satu keseluruhan yanhg seimbang dan saling melengkapi,dimana ia tidak termasuk atau melibatkan dengan suatu pembedahan dan penjahitan terhadap tubuh manusia serta penggunaan ubat ubatan pula tidak menggunakan terapeutik dadah dan bahan sintetik kimia.

Pendekatan yang diguanakan dalam perubatan ini ialah berdasarkan gabungan kaedah saperti mengambil kira sejarah asas penyakit dan kaitan dengan tubuh badan manusia,pemahamanfungsi organ dan cara bertindak serta mencari dan mengesan punca sebenar dari manakah penyebab penyakit itu datang dan bagaimana kemerosotan itu boleh berlaku dengan merujuk beberapa kaedah yang dianjurkan oleh pakar-pakar perubatan islam,perubatan moden,perubatan china,india dan saintis serta pakar pemakanan kesihatan.

Secara ringkasnya kita jangan lupa tentang adanya undang-undang atau peraturan yang telah digariskan dalam Al-quran dan sumber hadis. Sebagaimana rujukan dan arahan daripada tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini telah berfirman : (makan lah kamu dari makanan yang baik-baik) serta telah diperkatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu: (setiap penyakit itu berpunca dari perut kamu sendiri) dan (setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati), Jadi disini bermulanya pendekatan kajian dilakukan dengan menggabungkan beberapa teknik dan kaedah untuk membentuk satu keseluruhan yang seimbang dan saling melengkapi.